Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia

Diterbitkan: 12 Jun 2014 4.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kerjasama diantara PDRM dan wartawan ini merupakan persefahaman dan kepercayaan di antara kedua-dua pihak, biarpun berlainan kaedah penugasan namun ia merupakan penetapan satu objektif dalam memberika..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/zamalah-wartawan-muda-1-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:37 MYT
BUKIT AMAN , 16 JAN - Program Dialog Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia bersama YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah, Pengarah Logistik PDRM telah diadakan di tingkat 16, Menara 1, Bukit Aman.


Kerjasama diantara PDRM dan wartawan ini merupakan persefahaman dan kepercayaan di antara kedua-dua pihak, biarpun berlainan kaedah penugasan namun ia merupakan penetapan satu objektif dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat dan negara.


YDH Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik memuji objektif program ini kerana disamping meningkatkan pengetahuan kenegaraan di kalangan wartawan dan mempertajamkan kemahiran kewartawanan mereka, ianya turut menggalakkan wartawan dalam mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.


5 segmen telah dibentangkan berkenaan Fungsi dan Peranan PDRM, Pencegahan Jenayah ,Media dan PDRM, Perundang Berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).


Turut hadir, YDH SAC Dato' Zainal Abidin Kasim, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik dan Pembangunan), YDH DCP Dato' Rusli Ahmad, Timbalan Pengerusi Urus Setia NKRA dan YDH SAC Dato' Abdul Hamid Mohd Ali, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).


Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia
Sekitar program berlangsung..

Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia
Wartawan-wartawan yang hadir..

Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia
YDH DCP Dato' Rusli Ahmad, Timbalan Pengerusi Urus Setia NKRA...

Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia
Sekitar program..

Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia
Sesi penyerahan cenderahati...

Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia
Sesi bergambar kenangan....
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 4.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM