Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand

Published: 11 Jun 2014 9.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bangkok 27 Februari 2012 - YDH Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Raja Thailand iaitu Knight Grand Cross (First Class) Of The Most Noble Of T..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ydh-ketua-polis-negara-terima-anugerah-darjah-tertinggi-raja-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:26 MYT

Bangkok 27 Februari 2012 - YDH Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Raja Thailand iaitu Knight Grand Cross (First Class) Of The Most Noble Of The Crown Of Thailand oleh Raja Bhumibol Adulyadej.

Anugerah itu sebagai menghargai peranan yang diambil oleh YDH Ketua Polis Negara dalam menjalinkan persahabatan dan hubungan mesra antara Malaysia dan Thailand terutama dalam usaha memerangi jenayah.

Penganugerahan tersebut disampaikan oleh Jeneral Preophan Dhamapong, Ketua Polis Diraja Thailand, yang mewakili Raja Bhumibol Adulyadej, dalam satu majlis khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, Bangkok, Thailand.

YDH Datuk Seri Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, turut menerima anugerah iaitu darjah kebesaran The Royal Decoration Of Command Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Of Thailand, di atas usaha dalam menjalinkan kerjasama PDRM dengan Polis Diraja Thailand (RTP).

Melalui penganugerahan itu juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi persahabatan, persefahaman serta kerjasama rasmi antara kerajaan Malaysia dan Thailand.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Dato Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati Hj. Md. Sobri, isteri Ketua Polis Negara.

"Sesungguhnya darjah kebesaran diterima itu merupakan pengiktirafan amat bermakna bagi saya dan juga PDRM." YDH Ketua Polis Negara ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia di Bangkok, selepas majlis tersebut.

"PDRM dan RTP akan terus bekerjasama dalam memerangi masalah keselamatan kedua-dua negara termasuk isu-isu membabitkan jenayah kecurian kenderaan, pengedaran dadah dan ancaman pengganas," ujar YDH Ketua Polis Negara.

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menerima hormat daripada Kawalan Kehormatan Polis Diraja Thailand sambil diiringi oleh Jeneral Preophan Dhamapong, Ketua Polis Diraja Thailand.

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand
YDH Ketua Polis Negara beramah mesra bersama Pegawai-pegawai Tinggi Polis Diraja Thailand.

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand
Antara yang hadir pada majlis tersebut.

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand
YDH Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Raja Thailand iaitu Knight Grand Cross (First Class) Of The Most Noble Of The Crown Of Thailand oleh Raja Bhumibol Adulyadej yang telah disampaikan Jeneral Preophan Dhamapong, Ketua Polis Diraja Thailand.

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand
YDH Datuk Seri Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia menerima anugerah iaitu darjah kebesaran The Royal Decoration Of Command Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Of Thailand.

Sekitar majlis dan gambar kenangan.
Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand

Ydh Ketua Polis Negara Terima Anugerah Darjah Tertinggi Raja Thailand

ArticlePublished 11 Jun 2014 9.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM