Article
Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
BUKIT AMAN, 5 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) hari ini telah meraihkan perlantikan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) baru iait...
Oleh : Kpl Edwind Indo
YDH DATUK MAZLAN TERIMA JAWATAN TIMBALAN PENGARAH JSJ
BUKIT AMAN, 5 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) hari ini telah meraihkan perlantikan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) baru iaitu YDH DCP Datuk Mazlan bin Mansor, mengantikan tempat YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah yang telah dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
Majlis gilang-gemilang itu berlansung di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Siasatan Jenayah, Tingkat 4, Menara 2, Kompleks Bukit Aman, pagi tadi.
Hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas itu adalah YDH DIG Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, yang dulunya bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
"Tahniah saya ucapkan kepada YDH Datuk Mazlan di atas perlantikan ini. Saya merasa amat berbangga di atas perlantikan ini dan saya berharap kita terus mempamerkan prestasi yang cemerlang agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat", antara amanat YDH Ketua Polis Negara kepada Pegawai Kanan Polis yang hadir.
Turut hadir YDH SAC Datuk Abdul Malek bin haji Harun, Timbalan Pengarah Data Bank DNA, YDH SAC Jalil bin Hassan, Ketua Pen. Pengarah Bahagian D7 (Kongsi/Judi/Maksiat), Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Wakil Media.

Dari kanan... YDH Datuk Mazlan bin Mansor, YDH Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin, YDH Dato' Hadi Ho bin Abdullah dan YDH Datuk Abdul Malek bin haji Harun

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Malek Ghadafi bin Ismail dari Cawangan Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

YDH Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara menyematkan pangkat ke atas bahu YDH Datuk Mazlan bin Mansor

Majlis menandatangani dokumen Serah Terima Tugas sambil disaksikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

YDH Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara selaku saksi menandatangani dokumen Serah Terima Tugas

YDH Dato' CP Hadi Ho bin Abdullah secara rasmi menyerahkan jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) kepada YDH DCP Datuk Mazlan bin Mansor

Penyampaian mandat oleh Ketua Polis Negara

Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir

Sidang media

Antara rakan media yang hadir

Bergambar Kenangan...