Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Yassin Dijejaki Disyaki Ejen Pemerdagangan Di Wang Kelian Kpn

Diterbitkan: 02 Jun 2015 12.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 2 Jun - Pihak polis sedang menjejaki individu bernama 'Yassin' yang disyaki merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/yassin-dijejaki-disyaki-ejen-pemerdagangan-di-wang-kelian-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT

Kuala Lumpur, 2 Jun - Pihak polis sedang menjejaki individu bernama 'Yassin' yang disyaki merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mencari kesemua suspek yang dipercayai terlibat dan tindakan lanjut akan diambil bagi membanteras sindiket sedemikian.

Tegasnya, polis juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana ejen, badan mahupun penguat kuasa yang didapati terlibat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Terima Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Pengerusi Perkep JIPS di sini hari ini.

Khalid diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali bahawa kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang 'dibeli' oleh ejen besar sindiket itu
dikenali dengan nama Yassin.

Pada majlis itu, Dato' Jamshah Mustapha dan Datuk Noriah Hashim menerima pemakaian pangkat yang masing-masing memegang jawatan Pengarah JIPS dan Pengerusi PERKEP JIPS.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Jun 2015 12.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM