Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Yang Di Pertuan Agong Berkenan Santuni Mangsa Banjir Di Rompin

Published: 04 Jan 2022 1.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rompin, 4 Januari 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini berkenan mencemar duli berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keratong, Rompin, Pahang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/yang-di-pertuan-agong-berkenan-santuni-mangsa-banjir-di-rompin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT
Rompin, 4 Januari 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini berkenan mencemar duli berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keratong, Rompin, Pahang.

Turut berangkat dalam lawatan itu ialah Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keberangkatan tiba KDYMM Yang di-Pertuan Agong telah disambut Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tioman, Dato' Sri Hj. Mohd Johari Hussain dan Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin, Dato' Ahmad Nasim Dato’ Hj. Mohd Sidek.

Selain melakukan tinjauan di lokasi, KDYMM Yang di-Pertuan Agong turut menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Keratong 1 dan Sekolah Kebangsaan Keratong 2.

ArticlePublished 04 Jan 2022 1.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM