Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wpfg 71 Atlet Pdrm Berlepas Ke Los Angeles

Published: 02 Aug 2017 4.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sepang, 2 Ogos 2017 - Seramai 71 atlet yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2017 di Los Angeles, Amerika Syarikat akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wpfg-71-atlet-pdrm-berlepas-ke-los-angeles
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:37 MYT

Sepang, 2 Ogos 2017 - Seramai 71 atlet yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2017 di Los Angeles, Amerika Syarikat akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Kejohanan yang berlangsung selama 18 hari bermula 2 hingga 20 Ogos itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh yang bertindak sebagai ‘Chef De Mision’ bagi Kontinjen PDRM.

Pada kejohanan kali ini, PDRM akan mengambil bahagian dalam enam acara iaitu sukan golf, karate, tenpin bowling, badminton, lumba basikal dan bina badan yang juga merupakan penyumbang pingat kepada kontinjen dalam penyertaan sebelum ini.

Terdahulu, atlet PDRM telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman dan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

1
Bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh sebelum berlepas..

2
Bergambar kenangan sebelum berlepas..

3
Bacaan doa..

4
Bergambar kenangan sebelum berlepas..

5
Bergambar kenangan sebelum berlepas.

ArticlePublished 02 Aug 2017 4.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM