Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wpfg 2025 66 Atlet Pdrm Raih 77 Pingat Di Arena Antarabangsa

Published: 13 Jul 2025 8.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 Julai 2025 – Seramai 66 atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengharumkan nama pasukan dan negara apabila merangkul 77 pingat dalam Kejohanan World Police & Fire Games (WPFG) 2025 yang berlangsung dari 27 Jun hingga 6 Julai lalu di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wpfg-2025-66-atlet-pdrm-raih-77-pingat-di-arena-antarabangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:53 MYT
Kuala Lumpur, 13 Julai 2025 – Seramai 66 atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengharumkan nama pasukan dan negara apabila merangkul 77 pingat dalam Kejohanan World Police & Fire Games (WPFG) 2025 yang berlangsung dari 27 Jun hingga 6 Julai lalu di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.

Kejayaan membanggakan itu terdiri dengan pungutan 29 pingat emas, 27 perak dan 21 gangsa, sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 54 pingat. Antara pasukan yang menyumbang pencapaian cemerlang ialah bagi acara basikal, karate, badminton, bina badan, dart dan angkat berat.

Kejohanan WPFG 2025 yang disertai lebih 10,000 atlet dari 63 negara turut menyaksikan Malaysia menduduki tempat ke-9 keseluruhan. Kontinjen negara diwakili oleh PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan kutipan keseluruhan 48 pingat emas, 44 perak dan 31 gangsa.

Kontinjen PDRM diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid selaku Chief de Mission (CDM) bersama Deputy CDM, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Pulau Pinang, SAC Puspanathan Wiresingam.

Syabas dan tahniah kepada semua atlet PDRM atas prestasi cemerlang dan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang di masa akan datang!

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people, bicycle and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text


ArticlePublished 13 Jul 2025 8.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM