
Artikel
Posting Pilihan Tahniah Atlet Lawn Bowls Pdrm Rangkul Pingat Di Lion City Cup 2025
Kuala Lumpur, 12 Julai 2025 – Atlet Lawn Bowls Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (SM) Emma Firyana Saroji yang mewakili negara telah mencipta kejayaan...
Kuala Lumpur, 12 Julai 2025 – Atlet Lawn Bowls Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (SM) Emma Firyana Saroji yang mewakili negara telah mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih pingat dalam Kejohanan Lion City Cup 2025 yang berlangsung dari 6 hingga 12 Julai di Kallang Lawn Bowls Green & Tanglin Club di Singapura.
SM Emma Firyana dari Cawangan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Balai Polis Main Terminal Building, Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, Selangor bersama pasangannya, pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Nurul Alyani Jamil telah memenangi pingat emas serta perak bagi kategori Women Pairs.
PDRM merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian cemerlang SM Emma Firyana. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Anda kebanggaan kami!