Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wira Insiden Pencerobohan Pengganas Di Kampung Simunul Dsp Hasnal Dikurnia P G B

Published: 17 Jan 2024 3.48 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 - Wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam insiden pencerobohan berdarah dekat Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada Mac 2013 lalu, DSP Mohamad Hasnal Jamil hari ini dikurniakan pengiktirafan tertinggi negara apabila menjadi penerima tunggal Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani (P.G.B.).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wira-insiden-pencerobohan-pengganas-di-kampung-simunul-dsp-hasnal-dikurnia-p-g-b
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:48 MYT
Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 - Wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam insiden pencerobohan berdarah dekat Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada Mac 2013 lalu, DSP Mohamad Hasnal Jamil hari ini dikurniakan pengiktirafan tertinggi negara apabila menjadi penerima tunggal Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani (P.G.B.).

Pegawai Kanan Polis dari Cawangan Khas, Bukit Aman itu dikurniakan P.G.B. oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Balairung Seri, Istana Negara, di sini, pagi tadi.

DSP Hasnal yang hampir kehilangan nyawanya dalam insiden berdarah itu terkena tiga das tembakan yang mengenai bahagian perut dan lengan kirinya, selain ditetak hidup-hidup di kepala serta tangan dengan kapak oleh pihak pengganas sehingga meninggalkan parut kekal ke hari ini.

Anak jati negeri Kedah itu kini meneruskan khidmat baktinya dengan penuh tekad perjuangan serta azam yang tinggi tanpa sedikit pun merencatkan tugasnya untuk terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi pihak seluruh warga PDRM, kami mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Wira Negara, DSP Mohamad Hasnal Jamil atas pengurniaan P.G.B. Semoga tuan terus diberi kesihatan berpanjangan dan ganjaran sebaik-baiknya atas pengorbanan yang dibuat kepada negara oleh Yang Maha Esa.

Tabik hormat dari kami, seluruh warga PDRM!


May be an image of 2 people

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 6 people

May be an image of 5 people
ArticlePublished 17 Jan 2024 3.48 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM