
Artikel
Dsp Mohamad Hasnal Dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani P G B
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai kanan polis dari Cawangan Khas Bukit Aman, DSP Mohamad Hasnal Jamil kerana telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani (P.G.B.).
Darjah Kebesaran tersebut dikurniakan kepada beliau oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.