Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat

Diterbitkan: 11 Jun 2014 4.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis menandatangani Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team (CAT), antara Polis Diraja Malaysia oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Kementerian Belia dan S..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/watikah-kerjasama-inisiatif-crime-awareness-team-cat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:45 MYT

Putrajaya : 27 Mei 2011. Dalam rangka melonjakkan penglibatan modal insan rakan kongsi dan sukarelawan kearah melahirkan generasi bebas jenayah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri telah memeterai kerjasama dalam aspek menyokong serta membuka ruang penglibatan golongan muda dalam aktiviti-aktiviti masyarakat.

Bagi memperkukuhkan pelaksanaan program, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia juga bekerjasama meningkatkan peranan golongan belia remaja sebagai medium Rakan Cop dengan lebih berkesan.

Selain itu Polis Diraja Malaysia juga akan memberikan pendedahan pendidikan kepolisan dalam komuniti untuk membangunkan rasa tanggungjawab golongan muda terhadap keselamatan awam.

Majlis menandatangani Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team (CAT), antara Polis Diraja Malaysia oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, diwakili oleh Y.Bhg Dato' Mohid bin Mohamed, Ketua Setiausaha KBS, disaksikan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di Pentas Y-Avenue, Persint 4,  Putrajaya pada petang ini.


Upacara berlangsung sempena Majlis Pelancaran Y-Avenue dan "Flag Off" Crime Awareness Team (CAT) oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.


Skuad Rakan Muda Anti Jenayah ( Crime Awareness Team)  mensasarkan penyertaan seramai 10,000 ahli yang pada mulanya diperkenalkan di empat negeri 'hot spot' iaitu Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sehingga Mei tahun 2011, seramai 3,592 ahli CAT yang berusia antara 15 hingga 25 tahun telah mendaftarkan diri dengan 47 aktiviti telah pun dilaksanakan. Pada tahun ini, 1,500 program dirancang dilaksanakan dan diperluaskan ke 222 kawasan Parlimen.


Setelah selesai majlis tersebut, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia sambil diiringi oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah mengadakan 'Walkabout' dikawasan Persint 4, Putrajaya.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop dan YB Dato' Lee Chee Leong,Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Mahmud bin Adam, Ketua Setiausaha KDN, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menunggu ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di bangunan Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri disambut mesra oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Pegawai-pegawai Kanan dan anggota trafik bergambar kenangan sebelum berkonvoi ke Persint 4, Putrajaya.

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara memandu sendiri kereta peronda Proton Inspira

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara juga turut memandu Proton Inspira


Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein membawa motosikal trafik sehingga ke Pentas Y-Avenue, Persint 4,
Putrajaya


Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Anggota-anggota Cawangan Trafik yang bersama-sama mengiringi konvoi YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ke Pentas Y-Avenue, Persint 4,  Putrajaya.

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YB Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia menyambut ketibaan konvoi...

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Antara belia-belia yang menyambut ketibaan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YDH Ketua Polis Negara bersama YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Lafaz Perasmian oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menjayakan Majlis Pelancaran Y-Avenue

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Menandatangani Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team (CAT), antara Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team (CAT)...

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
"Flag Off" Crime Awareness Team (CAT) oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Belia-belia dari berbilang kaum yang turut terlibat dalam 'On Wheel Crime Awareness Team'

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama anggota RELA...

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein mengajak YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menyertainya naik ke pentas ketika melawat 'Pink Village'...

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Menyertai acara riadah di atas pentas...

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar juga turut menyertai acara riadah di pentas...

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid bersama YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop bergambar kenangan bersama-sama belia yang memeriahkan Majlis Pelancaran Y-Avenue

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein melaungkan kata-kata semangat kepada belia-belia yang hadir sebelum meninggalkan majlis...

Watikah Kerjasama Inisiatif Crime Awareness Team Cat
YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara meninggalkan majlis..

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 4.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM