Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waspada Sindiket Penipuan

Published: 31 Dec 2014 2.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur: Berwaspada susulan muncul individu atau sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan melalui kutipan derma didak wa mahu diserahkan ke pada mangsa banjir.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waspada-sindiket-penipuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:50 MYT
Waspada Sindiket Penipuan
WASPADA SINDIKET PENIPUAN

Kuala Lumpur: Berwaspada susulan muncul individu atau sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan melalui kutipan derma didak wa mahu diserahkan ke pada mangsa banjir. 

Susulan itu individu atau pihak yang mahu menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir dinasihatkan menyalurkannya kepada tabung bencana banjir dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. 

Perkara itu maklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang melahirkan kebimbangan ekoran terdapat pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan tabung bantuan banjir yang diragui 

Menurutnya, orang ramai perlu berhati- hati dan tidak mudah terpedaya dengan pihak yang mendakwa kononnya daripada badan bukan kerajaan (NGO) atau mana- mana komuniti berikutan ia dibimbangi satu penipuan. 

"Individu yang berniat mahu memberi sumbangan kewangan boleh berhubung terus dengan MKN bagi mendapatkan nombor akaun dan tidak sewenangnya percaya dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan. 

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap biarlah sumbangan dilakukan melalui satu saluran sahaja iaitu MKN kerana ia diyakini," katanya di Bukit Aman semalam.

Sumber: Akhbar Harian Metro
ArticlePublished 31 Dec 2014 2.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM