Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waspada Panggilan Scam Dakwa Anda Mempunyai Tunggakan Pinjaman Bank Dan Kad Kredit

Published: 14 May 2018 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
KUANTAN 14 Mei - Seorang kerani sebuah syarikat perladangan di Maran dekat sini kerugian sebanyak RM12,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, Ogos tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waspada-panggilan-scam-dakwa-anda-mempunyai-tunggakan-pinjaman-bank-dan-kad-kredit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:18 MYT

KUANTAN 14 Mei - Seorang kerani sebuah syarikat perladangan di Maran dekat sini kerugian sebanyak RM12,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, Ogos tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 11 Ogos tahun lalu, mangsa berusia 52 tahun menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai bank di Tawau, Sabah.

“Suspek memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan pinjaman bank dan kad kredit yag tidak wujud.

“Suspek kemudian menyambung panggilan itu kepada seorang yang menyamar sebagai anggota polis. Mangsa dimaklumkan terlibat dengan jenayah wang haram sehingga namanya bakal disenarai hitam,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa diarahkan memindahkan wang dalam akaun simpanannya ke akuan suspek kononnya untuk siasatan.

“Selepas memindahkan wang, mangsa menyedari ditipu dan telah membuat laporan polis semalam,” katanya.

Bacaan lanjut Utusan.

Waspada Panggilan Scam Dakwa Anda Mempunyai Tunggakan Pinjaman Bank Dan Kad Kredit

ArticlePublished 14 May 2018 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM