Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara
Bukit Aman, 2 Mac 2011
- "Pengamal media digalakkan bersama-sama dengan pihak polis untuk
merangsang dan mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam memberikan
kesedaran bagi mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan negara," ujar
Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail dalam
Program Dialog Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman hari ini.
Menurut
beliau, kerjasama ini merupakan persefahaman dan kepercayaan di antara
kedua-dua pihak, biarpun berlainan kaedah penugasan namun ia merupakan
penetapan satu objektif dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada
masyarakat dan negara.
YDH
Timbalan Ketua Polis Negara turut memuji objektif program ini kerana
disamping meningkatkan pengetahuan kenegaraan di kalangan wartawan dan
mempertajamkan kemahiran kewartawanan mereka, ianya turut menggalakkan
wartawan dalam mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.
Terdahulu,
majlis dimulakan dengan taklimat daripada YDH Supt Siti Mariam binti
Salikin, Pegawai Penyelidik Pengurusan Dasar Dan Peraturan PDRM
berkenaan "sejarah dan organisasi PDRM" disusuli dengan taklimat
daripada YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan
(Pehubungan Awam) berkenaan "strategi Pusat Media PDRM" dan taklimat
daripada YDH Supt Dennis Lim, Ketua Bahagian Unit Implementasi Urus
Setia KPN (NKRA) berkenaan "Penugasan NKRA Polis Diraja Malaysia".
Program
dialog tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press
Institute (MPI), YBHG Dato' Chamil Wariya, Mantan Ketua Pengarah Dewan
Bahasa Dan Pustaka, YBHG Dato' Firdaus Abdullah, YDH DCP Dato' Hj.
Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), pegawai-pegawai
kanan PDRM dan peserta-peserta program tersebut.

YDH
Supt Siti Mariam binti Salikin, Supt Penyelidik Pengurusan Dasar Dan
Peraturan sedang memberi taklimat mengenai sejarah Penubuhan PDRM.

Taklimat
berkenaan strategi Pusat Media PDRM oleh YDH ACP Ramli bin Mohamed
Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan(Perhubungan Awam).

YDH Supt Denis Lim, Ketua Unit Implementasi Urus Setia KPN (NKRA) memberi taklimat berkenaan penugasan NKRA.

YDH Datuk Hussin bin Hj. Ismail Timbalan Ketua Polis Negara ketika sesi dialog.

Wartawan-wartawan muda yang mengikuti kursus.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bertukar-tukar cenderahati dengan Dato' Chamil Warya selaku Ketua Pegawai Eksekutif MPI.

Peserta kursus bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
Wartawan : Kons Irfan bin Bujang
Jurufoto : Kons Raymond
Penyunting : Insp Haslina bt Muhamad Nor