Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara

Published: 10 Jun 2014 9.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
kerjasama ini berupa persefahaman dan kepercayaan di antara kedua-dua pihak, biarpun berlainan kaedah penugasan namun penetapan satu objektif dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat da..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wartawan-bersama-pdrm-di-satu-landasan-mengekalkan-kesejahteraan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT

Bukit Aman, 2 Mac 2011 - "Pengamal media digalakkan bersama-sama dengan pihak polis untuk merangsang dan mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam memberikan kesedaran bagi mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan negara," ujar Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail dalam Program Dialog Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurut beliau, kerjasama ini merupakan persefahaman dan kepercayaan di antara kedua-dua pihak, biarpun berlainan kaedah penugasan namun ia merupakan penetapan satu objektif dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara turut memuji objektif program ini kerana disamping meningkatkan pengetahuan kenegaraan di kalangan wartawan dan mempertajamkan kemahiran kewartawanan mereka, ianya turut menggalakkan wartawan dalam mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan taklimat daripada YDH Supt Siti Mariam binti Salikin, Pegawai Penyelidik Pengurusan Dasar Dan Peraturan PDRM berkenaan "sejarah dan organisasi PDRM" disusuli dengan taklimat daripada YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Pehubungan Awam) berkenaan "strategi Pusat Media PDRM" dan taklimat daripada YDH Supt Dennis Lim, Ketua Bahagian Unit Implementasi Urus Setia KPN (NKRA) berkenaan "Penugasan NKRA Polis Diraja Malaysia". 

Program dialog tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI), YBHG Dato' Chamil Wariya, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, YBHG Dato' Firdaus Abdullah, YDH DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), pegawai-pegawai kanan PDRM dan peserta-peserta program tersebut.


Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara
YDH Supt Siti Mariam binti Salikin, Supt Penyelidik Pengurusan Dasar Dan Peraturan sedang memberi taklimat mengenai sejarah Penubuhan PDRM.

Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara
Taklimat berkenaan strategi Pusat Media PDRM oleh YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan(Perhubungan Awam).

Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara
YDH Supt Denis Lim, Ketua Unit Implementasi Urus Setia KPN (NKRA) memberi taklimat berkenaan penugasan NKRA.

Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara
YDH Datuk Hussin bin Hj. Ismail Timbalan Ketua Polis Negara ketika sesi dialog.

Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara
Wartawan-wartawan muda yang mengikuti kursus.

Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bertukar-tukar cenderahati dengan Dato' Chamil Warya selaku Ketua Pegawai Eksekutif MPI.

Wartawan Bersama Pdrm Di Satu Landasan Mengekalkan Kesejahteraan Negara
Peserta kursus bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara.



Wartawan      : Kons Irfan bin Bujang
Jurufoto       : Kons Raymond
Penyunting    : Insp Haslina bt Muhamad Nor

ArticlePublished 10 Jun 2014 9.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM