Artikel
Waris Konstabel Mohd Ansari Terima Wang Insurans
Allahyarham Konst. Mohd Ansari berasal dari Kampung Kawang, Papar, Sabah, bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah meninggal dunia kerana terlibat dalam...
Papar - 4 Mei 2011
Puan Norlizah Abd. Gani @ Ghani, ibu kepada Allahyarham Konst. Mohd Ansari Abd. Rashid, telah menerima cek berjumlah RM243,023.90 daripada MCIS Zurich Insurance Berhad, Takaful Berhad dan Etiqa Takaful Berhad.
Deputi Inspektor Jeneral Dato' Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, telah menyerahkan cek-cek tersebut. Majlis berlangsung di rumah Puan Norlizah Abd. Gani @ Ghani, di Kampung Kawang, Papar, Sabah.

Turut hadir di majlis itu
ialah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pembantu Menteri Kerajaan
Tempatan Negeri Sabah, Dato' Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Pasukan
Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) PDRM dan Dato' Hj. Hamza Taib,
Pesuruhjaya Polis Sabah.
Allahyarham Konst. Mohd
Ansari berasal dari Kampung Kawang, Papar, Sabah, bertugas di Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman, telah meninggal dunia kerana terlibat dalam
satu kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Latihan Polis,
Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada bulan Disember 2010 yang lalu.
Ketika
berucap di majlis itu, Dato Khalid menggalakkan warga PDRM supaya
mendapatkan perlindungan insurans berikutan mereka sentiasa berhadapan
dengan pelbagai risiko ketika menjalankan tugas.
"Melalui penyerahan cek-cek itu adalah diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham Mohd Ansari".
"Kita amat bersimpati dengan keluarga Allahyarham di atas kehilangan anak tersayang. Semoga keluarga Allahyarham redha dan bersabar dengan dugaan daripada Allah S.W.T itu", ujar Dato' Khalid di majlis yang turut dihadiri penduduk kampung yang sama-sama bertahlil dan membaca Surah Yassin untuk Allahyarham Mohd Ansari.

Majlis Tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham Mohd Ansari Abd. Rashid diadakan di rumah keluarganya di Kampung Kawang, Papar, Sabah

Penyerahan cek disempurnakan oleh YDH Dato' Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara kepada Puan Norlizah Abd. Gani @ Ghani

Ahli PERKEP Kontinjen Sabah bersama-sama masyarakat Kampung Kawang, Papar yang hadir di majlis penyerahan cek
Wartawan : L/kpl Sherilla Salleh
Jurufoto : Kpl Dayang Masniah Awang Abbas
Penyunting : L/kpl Edwind Indo