Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waris Konstabel Mohd Ansari Terima Wang Insurans

Published: 11 Jun 2014 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Allahyarham Konst. Mohd Ansari berasal dari Kampung Kawang, Papar, Sabah, bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waris-konstabel-mohd-ansari-terima-wang-insurans
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:48 MYT
Papar - 4 Mei 2011

Puan Norlizah Abd. Gani @ Ghani, ibu kepada Allahyarham Konst. Mohd Ansari  Abd. Rashid, telah menerima cek berjumlah RM243,023.90 daripada MCIS Zurich Insurance Berhad, Takaful Berhad dan Etiqa Takaful Berhad.

Deputi Inspektor Jeneral Dato' Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, telah menyerahkan cek-cek tersebut. Majlis berlangsung di rumah Puan Norlizah Abd. Gani @ Ghani, di Kampung Kawang, Papar, Sabah.

Turut hadir di majlis itu ialah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Dato' Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) PDRM dan Dato' Hj. Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah.

Allahyarham Konst. Mohd Ansari berasal dari Kampung Kawang, Papar, Sabah, bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada bulan Disember 2010 yang lalu.

           

Ketika berucap di majlis itu, Dato Khalid menggalakkan warga PDRM supaya mendapatkan perlindungan insurans berikutan mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko ketika menjalankan tugas.

"Melalui penyerahan cek-cek itu adalah diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham Mohd Ansari".

"Kita amat bersimpati dengan keluarga Allahyarham di atas kehilangan anak tersayang. Semoga keluarga Allahyarham redha dan bersabar dengan dugaan daripada Allah S.W.T itu", ujar Dato' Khalid di majlis yang turut dihadiri penduduk kampung yang sama-sama bertahlil dan membaca Surah Yassin untuk Allahyarham Mohd Ansari.

Waris Konstabel Mohd Ansari Terima Wang Insurans
Majlis Tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham Mohd Ansari Abd. Rashid diadakan di rumah keluarganya di Kampung Kawang, Papar, Sabah

Waris Konstabel Mohd Ansari Terima Wang Insurans
Penyerahan cek disempurnakan oleh YDH Dato' Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara kepada Puan Norlizah Abd. Gani @ Ghani

Waris Konstabel Mohd Ansari Terima Wang Insurans

Waris Konstabel Mohd Ansari Terima Wang Insurans

Waris Konstabel Mohd Ansari Terima Wang Insurans
Ahli PERKEP Kontinjen Sabah bersama-sama masyarakat Kampung Kawang, Papar yang hadir di majlis penyerahan cek


Wartawan : L/kpl Sherilla Salleh
Jurufoto : Kpl Dayang Masniah Awang Abbas
Penyunting : L/kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM