Seorang lelaki warga tua maut selepas ditetak di kepala sebelum ditemui bcrlumuran darah di sebuah lorong di Jalan Stesen di Kluang, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad, berkata mangsa berusia dalam lingkungan 60-an ditemui mati akibat kecederaan parah berikutan tiga kesan tetakan di kepalanya.
“Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 12 malam hingga 6 pagi dan polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri bersama mangsa.
“Polis amat berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan dalam laman sosial kerana tindakan itu boleh menjejaskan proses siasatan dan pendakwaan," katanya.
Tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : Berita Harian