Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Thailand Antara Tujuh Yang Ditahan Di Premis Judi

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.43 PM
George town, 31 Julai - Warga Thailand antara tujuh lelaki yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis perjudian tidak berlesen di Teluk Kumbar, Bayan Lepas semalam. Dalam serbuan 3.30 petang it..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-thailand-antara-tujuh-yang-ditahan-di-premis-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:09 MYT

George town, 31 Julai - Warga Thailand antara tujuh lelaki yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis perjudian tidak berlesen di Teluk Kumbar, Bayan Lepas semalam.

Dalam serbuan 3.30 petang itu polis turut menyita 14 set komputer yang diubah suai menjadi mesin judi dan wang tunai RM300.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata intipan pihak polis mendapati selain dilengkapi kamera litar tertutup, penjaga premis juga hanya membenarkan pelanggan biasa masuk ke kedai.

Daripada tujuh yang ditahan itu, enam adalah pelanggan dan seorang lagi penjaga premis berusia 21 tahun, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya pemilik premis boleh didakwa mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, manakala pemain judi pula ditahan mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.43 PM