Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Pdrm Hayati Amanat Pm Sempena Tahun Baharu 2026

Published: 05 Jan 2026 9.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 5 Januari 2026 - Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghayati Amanat Tahun Baharu 2026 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Rasmi Jabatan Perdana Menteri, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-pdrm-hayati-amanat-pm-sempena-tahun-baharu-2026
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:13 MYT
Kuala Lumpur, 5 Januari 2026 - Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghayati Amanat Tahun Baharu 2026 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Rasmi Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Amanat tersebut ditonton serentak oleh warga PDRM di peringkat Bukit Aman, kontinjen serta formasi di seluruh negara sebagai manifestasi komitmen pasukan dalam mendukung hala tuju dan aspirasi Kerajaan MADANI.

Amanat yang disampaikan di Dewan De’ Seri Endon pagi tadi, Dato’ Seri Anwar menekankan keutamaan kerajaan dalam memperkukuh kebajikan rakyat, merancakkan pertumbuhan ekonomi serta melaksanakan reformasi institusi demi menjamin keadilan, ketelusan dan keberkesanan pentadbiran negara.

Antara pengumuman utama yang disampaikan termasuk pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 serta pelbagai inisiatif sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau turut menegaskan kepentingan pendigitalan sistem perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti penyampaian kerajaan, selain memberi jaminan terhadap usaha memperkukuh kedaulatan undang-undang melalui pembentangan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat serta pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara di Parlimen.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Mohd Alwi.

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text that says '2M IBU PEJABAT KONTINJENSELANGOR POLIS KONTINJEN SELANGOR สรล'

May be an image of text that says 'BUPEJABATPOLIS BU PEJABAT POLIS KONTINJEN EN PERAK 時 E OUAK'


ArticlePublished 05 Jan 2026 9.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM