
Artikel
Warga Pdrm Dekati Masyarakat Dalam Program Community Policing Thaneer Panthal Sempena Sambutan Hari Thaipusam 2023
Program yang bertujuan mendekati masyarakat itu, berlangsung sejak awal pagi dan turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Sub...
Gombak, 4 Februari 2023 - Warga Polis Diraja Malaysia hari ini menyertai Program "Community Policing Thaneer Panthal" sempena sambutan Hari Thaipusam 2023 di Kuil Subramaniyar Swamy, Batu Caves, Selangor di sini.
Program yang bertujuan mendekati masyarakat itu, berlangsung sejak awal pagi dan turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam.
Dalam program yang diadakan petugas PDRM dari Lembah Klang yang beragama Hindu 'Thaneer Panthal' berpeluang mengedarkan minuman percuma kepada orang awam yang hadir melakukan upacara keagamaan di lokasi berkenaan.
Dato' Sasikala berkata dalam sidang media, seramai 500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memudahkan orang awam hadir ke kuil semasa sambutan diadakan.
Masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang diberikan pihak polis yang bertugas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC S. Shanmugamoorty Chinniah, Ketua JSJ Selangor, SAC Baharuddin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Hj. Mohamed.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri





















