Article
Warga Pdrm Bukit Aman Tunai Tanggungawab Undi Awal
BUKIT AMAN, 30 April - Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman merupakan satu daripada 544 pusat pengundian di seluruh Negara bagi proses pengundian awal...
BUKIT AMAN, 30 April - Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman merupakan satu daripada 544 pusat pengundian di seluruh Negara bagi proses pengundian awal hari ini.
Warga PDRM telah bersama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Seawal jam 9.30 pagi tadi, YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara telah mengundi awal di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman.
Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal.
Ditanya pengalaman salah seorang pengundi awal di sini, Lans Koperal Iqtar Azmi dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman merasa sangat teruja menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang merupakan pengalaman pertama beliau mengundi.

Sekitar tempat mengundi di Dewan Perkep Bukit Aman.

Sekitar tempat mengundi di Dewan Perkep Bukit Aman.

Ketibaan YDH Datuk Wira Ayub bin Yaakob, Pengerusi Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) PDRM di Dewan pembuangan undi.



Antara pegawai dan anggota PDRM datang untuk membuang undi.

Ketibaan Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh rakan media.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara selesai menjalani proses membuang undi menunjukkan dakwat kekal.

Dakwat kekal menandakan telah selesai menjalani proses pembuangan undi.

YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tiba untuk membuang undi.


Kami sudah mengundi....

Antara anggota polis bertugas menjaga laluan keluar dan masuk kawasan tempat mengundi

Ketibaan YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas.



Sekitar tempat mengundi di Dewan Perkep Bukit Aman.

Anggota polis masing-masing menunjukkan nombor saliran untuk membuat proses pembuangan undi.
Sekitar tempat mengundi di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman.
YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah,Pengarah Jabatan Logistik PDRM beratur untuk proses pembuangan undi.
Kewajipan tetap dilaksanakan...
Kewajipan tetap dilaksanakan...
YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara tiba di tempat pembuangan undi.
Rakan media menemuramah Ketua Polis Negara.
Pegawai polis menunjukkan dakwat kekal tanda telah melaksanakan proses pembuangan undi.
Sub Insp Sazali Samad atlit bina badan Negara sedang membuang undi.
Tanggungjawab ditunaikan, biarpun dalam kesukaran.