Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Nigeria Ditahan Bersama 315 Gram Ganja

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Bukit Aman, 10 Dis - Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Petaling Jaya, Selangor telah menangkap seorang lelaki warga Nigeria di ba..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-nigeria-ditahan-bersama-315-gram-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:15 MYT

Bukit Aman, 10 Dis - Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Petaling Jaya, Selangor telah menangkap seorang lelaki warga Nigeria di bahagian bawah sebuah kondominium di Sungai Way, Petaling Jaya, 3 Disember lalu.

Hasil tangkapan dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas individu terbabit, pihak polis telah menemui satu bungkusan yang mengandungi 33 paket plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 315 gram.

Nilai harga pasaran ganja yang dirampas dianggarkan RM1,000 dan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengesan saki-baki sindiket yang masih aktif.

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM