Warga Nigeria Ditahan Bersama 315 Gram Ganja
Bukit
Aman, 10 Dis - Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis
dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Petaling Jaya,
Selangor telah menangkap seorang lelaki warga Nigeria di bahagian bawah
sebuah kondominium di Sungai Way, Petaling Jaya, 3 Disember lalu.
Hasil
tangkapan dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas individu terbabit,
pihak polis telah menemui satu bungkusan yang mengandungi 33 paket
plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 315
gram.
Nilai
harga pasaran ganja yang dirampas dianggarkan RM1,000 dan suspek telah
ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengesan saki-baki sindiket yang
masih aktif.
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya