Article
Warga Kerja Bukit Aman Ikuti Latihan Kebakaran Di Menara 1
Kuala Lumpur, 9 Disember 2022 – Seramai 967 warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengikuti latihan kebakaran anjuran Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Ja...
Kuala Lumpur, 9 Disember 2022 – Seramai 967 warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengikuti latihan kebakaran anjuran Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang diadakan di Menara 1, dekat sini petang tadi.
Latihan yang diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba I dari Balai Bomba Dan Penyelamat Hang Tuah, Tuan Rodzlan Othman itu turut melibatkan sepasukan pegawai dan anggotanya.
Turut berlangsung demonstrasi memadamkan kebakaran yang boleh dipraktikan oleh warga Bukit Aman sekiranya berhadapan situasi sama di mana-mana sahaja.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid