Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Emas Dicekup Edar Dadah

Diterbitkan: 01 Feb 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepasang suami isteri warga emas berusia 58 dan 66 tahun antara enam individu yang ditahan disyaki mengedar dadah dalam Ops Jala yang berakhir kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-emas-dicekup-edar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:01 MYT
GUA MUSANG - Sepasang suami isteri warga emas berusia 58 dan 66 tahun antara enam individu yang ditahan disyaki mengedar dadah dalam Ops Jala yang berakhir kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, pada pukul 2 petang Jumaat lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah berjaya menahan kenderaan warga emas itu dari Rantau Panjang di Kampung Bertam di sini yang dipercayai masuk ke daerah ini untuk memasarkan dadah.

Hasil siasatan ke atas wanita berumur 58 tahun itu, polis menemui 587 pil merah dan enam pil hijau dipercayai pil kuda bersama tiga botol serbuk putih dipercayai heroin yang disorok di dalam colinya. 

"Wanita tersebut bersama suaminya berumur 66 tahun dipercayai mendapat bekalan dadah dengan berjumpa seorang lelaki di stesen minyak Gual Tinggi, Rantau Ranjang dan pasangan tersebut masih tidak serik walaupun pernah ditangkap di daerah lain sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam.

Sumber: Akhbar Kosmo

Warga Emas Dicekup Edar Dadah
ArtikelDiterbitkan 01 Feb 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM