Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Emas Antara Ditahan Dalam Judi Pasar Malam

Published: 18 Jun 2014 9.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Gombak – Sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah membuat serbuan di sebuah bangsal depan sebuah rumah di Batu Ara..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-emas-antara-ditahan-dalam-judi-pasar-malam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:46 MYT

Gombak – Sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah membuat serbuan di sebuah bangsal depan sebuah rumah di Batu Arang, Gombak, Selangor semalam.

Seramai 11 kaki judi termasuk seorang wanita serta dua warga emas berusia 60 tahun yang sedang leka dengan permainan judi 'pasar malam' ditahan dan turut merampas wang tunai RM6,500.00 merupakan wang taruhan serta beberapa kotak mercun bernilai RM4 ribu dipercayai untuk dijual.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Rumah Judi Terbuka terhadap tuan rumah (penganjur) dan Seksyen 7(1) akta sama terhadap pemain judi. Rampasan pelbagai jenis mercun disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Warga Emas Antara Ditahan Dalam Judi Pasar Malam
Warga Emas Antara Ditahan Dalam Judi Pasar Malam
Warga Emas Antara Ditahan Dalam Judi Pasar Malam
Warga Emas Antara Ditahan Dalam Judi Pasar Malam

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak

ArticlePublished 18 Jun 2014 9.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM