Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Emas Antara 14 Ditahan Curi Kabel

Published: 08 May 2016 6.45 AM Updated: 15 Aug 2026 7.29 PM
Seoarang warga emas antara 14 individu yang ditahan di Telipok Ria, Tuaran kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel elektrik, baru-baru ini. Warga emas berusia 60 tahun yang merupakan dalang Geng Madang itu dipercayai turut terlibat dalam kes kecurian sebuah lori dan aktif melakukan jenayah terbabit sejak Januari lalu. Dalam serbuan tersebut polis berjaya menemi lebih 200 kilogram kabel elektrik dan be
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-emas-antara-14-ditahan-curi-kabel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:28 MYT

Seoarang warga emas antara 14 individu yang ditahan di Telipok Ria, Tuaran kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel elektrik, baru-baru ini.

Warga emas berusia 60 tahun yang merupakan dalang Geng Madang itu dipercayai turut terlibat dalam kes kecurian sebuah lori dan aktif melakukan jenayah terbabit sejak Januari lalu.

Dalam serbuan tersebut polis berjaya menemi lebih 200 kilogram kabel elektrik dan beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan tersebut seperti alat penimbang, pemotong wayar, jeriji besi dan pisau.

Selain itu, saringan ujian air kencing pula mendapati 13 orang suspek positif dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu. Kes disiasat mengikut Seksyen 431 (a) Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952

Sumber: Utusan Malaysia.

​curi kabel

ArticlePublished 08 May 2016 6.45 AMUpdated 15 Aug 2026 7.29 PM