Warga Bangladesh Ditahan Beg Berisi Dadah Rm420 000 Dirampa
Petaling
Jaya, 24 Dis - Polis menahan seorang warga Bangladesh susulan penemuan
dadah dipercayai syabu bernilai kira-kira RM420,000 dalam beg yang
dibawa lelaki itu di lobi sebuah hotel di Subang Jaya, Khamis lepas.
Ketua
Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata hasil pemeriksaan,
polis menemui empat bungkusan plastik lut sinar dan beberapa ketulan
kristal dipercayai dadah berkenaan seberat 3,638 gram.
"Kita
telah menahan suspek berumur lingkungan 30-an yang bekerja sebagai
buruh binaan dan tidak memiliki pasport itu," katanya dalam sidang media
di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya hari ini.
Suspek
dipercayai berada di hotel itu untuk melakukan transaksi bahan
berkenaan dengan seseorang, kata Yahaya yang turut memberitahu kes
disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara
itu, polis turut menyiarkan gambar pengawal keselamatan yang melarikan
wang tunai RM250,000 daripada sebuah van di sini pada 16 Dis lepas.
"Polis
percaya suspek melakukan jenayah ini secara solo. Dia tidak memiliki
pasport antarabangsa dan masih berada di Malaysia," kata Yahaya yang
meminta orang awam menghubungi polis jika mempunyai maklumat berhubung
kejadian itu.
Dalam
insiden itu, pengawal keselamatan berkenaan melarikan wang dari van
yang dipandunya ketika dua lagi rakan sekerja memindahkan sejumlah wang
ke sebuah bank di Wisma Consplant, Subang Jaya.
Sumber : BERNAMA