Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Bangladesh Ditahan Beg Berisi Dadah Rm420 000 Dirampa

Published: 18 Jun 2014 6.51 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Petaling Jaya, 24 Dis - Polis menahan seorang warga Bangladesh susulan penemuan dadah dipercayai syabu bernilai kira-kira RM420,000 dalam beg yang dibawa lelaki itu di lobi sebuah hotel di Subang Jaya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-bangladesh-ditahan-beg-berisi-dadah-rm420-000-dirampa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT

Petaling Jaya, 24 Dis - Polis menahan seorang warga Bangladesh susulan penemuan dadah dipercayai syabu bernilai kira-kira RM420,000 dalam beg yang dibawa lelaki itu di lobi sebuah hotel di Subang Jaya, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata hasil pemeriksaan, polis menemui empat bungkusan plastik lut sinar dan beberapa ketulan kristal dipercayai dadah berkenaan seberat 3,638 gram.

"Kita telah menahan suspek berumur lingkungan 30-an yang bekerja sebagai buruh binaan dan tidak memiliki pasport itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya hari ini.

Suspek dipercayai berada di hotel itu untuk melakukan transaksi bahan berkenaan dengan seseorang, kata Yahaya yang turut memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, polis turut menyiarkan gambar pengawal keselamatan yang melarikan wang tunai RM250,000 daripada sebuah van di sini pada 16 Dis lepas.

"Polis percaya suspek melakukan jenayah ini secara solo. Dia tidak memiliki pasport antarabangsa dan masih berada di Malaysia," kata Yahaya yang meminta orang awam menghubungi polis jika mempunyai maklumat berhubung kejadian itu.

Dalam insiden itu, pengawal keselamatan berkenaan melarikan wang dari van yang dipandunya ketika dua lagi rakan sekerja memindahkan sejumlah wang ke sebuah bank di Wisma Consplant, Subang Jaya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.51 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM