Seberang Perai, 30 Julai - Seorang pekerja asing ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 kerana memiliki dadah dalam Op Gelora sekitar Pantai Sungai Udang, di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohamad Yusof Abdullah berkata pasukannya telah memeriksa dan menahan seorang pekerja sangkar ikan kerana didapati gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.
"Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah beg yang dipakainya menemui sepeket plastik lutsinar dan tujuh keratan straw yang berisi 16.35 gram dadah jenis heroin.
"Turut ditemui 16 biji kapsul yang dipercayai dadah, barang peribadi dan wang tunai bernilai RM1,410, " katanya lagi.
Kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah 1 untuk disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya dan Akta Imigresen 1959.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Warga Asing Ditahan Miliki Dadah
Seorang pekerja asing ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 kerana memiliki dadah dalam Op Gelora sekitar Pantai Sungai Udang, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-asing-ditahan-miliki-dadah
Scan to view the latest live version.