
Artikel
Waragaintsdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Lelaki Ditahan Dua Pistol Berserta 48 Peluru Dan Dadah Rm148 000 Dirampas
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Alor Setar, 17 Julai 2024 - Dua pistol dan 48 peluru serta dadah bernilai RM148,000 dirampas selepas polis menahan dua lelaki termasuk warga emas yang disyaki pengedar di Taman Lam Foong di sini, Ahad lalu.
“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh suspek menemukan dua pistol bersama 48 peluru dalam poket seluarnya.
“Hasil tangkapan pertama itu, polis kemudian melakukan serbuan di salah sebuah rumah dalam taman perumahan itu dan menahan seorang lagi lelaki berusia 65 tahun di situ,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, semalam.
Dato’ Fisol berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan di rumah itu menemukan tiga jenis dadah iaitu 62 paket plastik berisi Ketamin seberat 1.3 kilogram, 40 pembalut aluminium berisi Pil Eramin 5 seberat 113 gram dan 76 paket plastik berisi Ekstasi seberat 989 gram. Beliau berkata, selain itu, polis turut menyita sebuah kereta jenis Audi A4 dan sebuah televisyen yang dipercayai diperolehi daripada kegiatan mengedar dadah.
“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek pertama yang memiliki tujuh rekod lampau termasuk berkaitan dadah dan jenayah, positif dadah jenis Methamphetamine manakala suspek kedua yang tidak memiliki rekod jenayah negatif dadah,” katanya.
Dato’ Fisol berkata, polis masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek memainkan peranan dalam kumpulan jenayah tertentu.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.