
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Mh17 Umpama Lokasi Nahas Terbesar Dunia
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] MH17: UMPAMA LOKASI NAHAS TERBESAR DUNIA
Kuala Lumpur, 17 Julai 2024 - “Tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang berlaku 10 tahun lalu satu pengalaman yang besar tidak dapat dilupakan.
“Selama bertugas di Malaysia, saya tidak pernah jumpa lokasi nahas sebesar itu yang boleh dikatakan sebagai lokasi nahas terbesar di dunia,” kata Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan.
Menurutnya, pengalaman berdepan lokasi nahas kejadian sedemikian dan cabaran dalam pasukan penyiasatan digunakan sebagai iktibar untuk menstruktur semula operasi pengurusan bencana Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Namun apa yang terdetik di dalam kepala saya pada masa itu bagaimana kita akan buat, berapa ramai akan terbabit, berapa lama akan buat dan apakah ancaman ketika itu.
“Boleh buat atau tidak boleh. Jadi itu satu pengalaman yang cukup mendebarkan.” katanya.
CP Dato’ Hussein berkata, bagaimanapun dengan kerjasama daripada pasukan penyiasatan antarabangsa dan Belanda ketika itu, PDRM berjaya memeriksa hampir 99 peratus lokasi nahas termasuk 296 pengecaman positif mangsa.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.