Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Video Pilihan Simpan Dadah Rm1 52 Juta Dalam Kilang Keluarga

Diterbitkan: 18 Nov 2021 12.48 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 18 November 2021 - Lelaki menjadikan kilang milik keluarganya di Kampung Cheras Baru, di sini sebagai stor menyimpan dadah bernilai lebih RM1 juta bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-video-pilihan-simpan-dadah-rm1-52-juta-dalam-kilang-keluarga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:13 MYT
Kuala Lumpur, 18 November 2021 - Lelaki menjadikan kilang milik keluarganya di Kampung Cheras Baru, di sini sebagai stor menyimpan dadah bernilai lebih RM1 juta bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas polis menyerbu kilang terbabit menerusi Op Kingfisher yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Yahaya Othman berkata, serbuan pada jam 4 petang itu turut berjaya menahan suspek.

"Hasil serbuan berjaya merampas dadah jenis Ketamin seberat 20.66 kilogram (kg), Methamphetamine (7.4 kg), Ekstasi (3.30 kg) yang dianggarkan bernilai RM1.52 juta.

"Suspek didapati aktif menjadikan kilang yang sudah tidak beroperasi sebagai tempat penyimpanan dadah sejak pertengahan tahun ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../simpan-dadah-rm152-juta...

Sumber: Harian Metro

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/885928375416181/

Waragainstdrugs Video Pilihan Simpan Dadah Rm1 52 Juta Dalam Kilang Keluarga
ArtikelDiterbitkan 18 Nov 2021 12.48 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM