
Artikel
Hebahan 11 Pos Kawalan Pga Berfungsi Sebagai Balai Polis Di Negeri Sabah Dan Sarawak
Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan hala tuju strategik kerajaan dalam memperkukuhkan kawalan sempadan melalui "Key Performance Indicator" 100 hari Mente...
Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan hala tuju strategik kerajaan dalam memperkukuhkan kawalan sempadan melalui "Key Performance Indicator" 100 hari Menteri Dalam Negeri bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman negara.
Salah satu inisiatif terkandung dalam hala tuju tersebut ialah pemerkasaan fungsi 11 Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berperanan sebagai Balai Polis atau “facility alternate service delivery” kerajaan kepada masyarakat di kawasan pedalaman khususnya bagi negeri Sabah dan Sarawak.
PGA merupakan salah satu cawangan dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang berfungsi menjalankan rondaan di kawasan sempadan antarabangsa dan pantai serta menjalankan tugas-tugas kepolisan di kawasan pedalaman.
Berikut merupakan 11 Pos Kawalan PGA yang berperanan sebagai Balai Polis bagi tujuan menerima laporan polis dan merekodkan maklumat kelahiran atau kematian di kawasan Pos Kawalan yang berkenaan.