Artikel
Waragainstdrugs Video Pilihan Simpan Dadah Rm1 52 Juta Dalam Kilang Keluarga
Kuala Lumpur, 18 November 2021 - Lelaki menjadikan kilang milik keluarganya di Kampung Cheras Baru, di sini sebagai stor menyimpan dadah bernilai lebih RM1 jut...
Kuala Lumpur, 18 November 2021 - Lelaki menjadikan kilang milik keluarganya di Kampung Cheras Baru, di sini sebagai stor menyimpan dadah bernilai lebih RM1 juta bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Bagaimanapun kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas polis menyerbu kilang terbabit menerusi Op Kingfisher yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Yahaya Othman berkata, serbuan pada jam 4 petang itu turut berjaya menahan suspek.
"Hasil serbuan berjaya merampas dadah jenis Ketamin seberat 20.66 kilogram (kg), Methamphetamine (7.4 kg), Ekstasi (3.30 kg) yang dianggarkan bernilai RM1.52 juta.
"Suspek didapati aktif menjadikan kilang yang sudah tidak beroperasi sebagai tempat penyimpanan dadah sejak pertengahan tahun ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber: Harian Metro
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/885928375416181/

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/885928375416181/
