Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Ulangan Sidang Media Kp Johor 13 Anggota Sindiket Dadah Terbesar Di Johor Didakwa Esok Kp Johor

Published: 25 Jan 2021 7.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selepas kertas siasatan selesai, lapan daripada mereka akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-ulangan-sidang-media-kp-johor-13-anggota-sindiket-dadah-terbesar-di-johor-didakwa-esok-kp-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT
Johor Bahru, 25 Januari 2021 - 13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah majisteret Johor Bahru, pada Selasa.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selepas kertas siasatan selesai, lapan daripada mereka akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lima lagi suspek akan didakwa di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985, manakala empat lagi suspek dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan.

"Orang awam bertanya selepas kita buat operasi besar-besaran, ada komen ini tangkapan ada tak ada pertuduhan?

"Ini saya kongsikan dengan rakan media dan masyarakat umum bahawa kita bukan saja menjalankan operasi tangkapan rampasan, tetapi kita akan pastikan mereka dituduh, insyaallah diharap mereka disabitkan kesalahan," katanya.

Bacaan lanjut artikel di pautan: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/775149876426430 

Sumber: Polis Johor dan
ArticlePublished 25 Jan 2021 7.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM