Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Remaja Paling Berisiko Terlibat Dadah

Diterbitkan: 07 Nov 2020 4.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Penyalahgunaan dadah kini bukan sahaja melibatkan orang dewasa, tetapi juga golongan remaja yang masih bersekolah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-remaja-paling-berisiko-terlibat-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:55 MYT
Penyalahgunaan dadah kini bukan sahaja melibatkan orang dewasa, tetapi juga golongan remaja yang masih bersekolah.

Ditambah pula dengan kewujudan pelbagai jenis dadah sintetik yang semakin berleluasa, keadaan ini menyebabkan remaja dan pelajar-pelajar sekolah sentiasa berisiko terdedah dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah berkata, seramai 1,275 orang positif pelbagai jenis dadah daripada 42,409 murid sekolah menengah di seluruh negara yang disaring tahun lalu.

"Saringan dilakukan untuk kita mengenal pasti murid yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah supaya tindakan intervensi awal dapat dilakukan sebelum mereka menjadi penagih tegar.

"Kita juga memiliki Pusat Pemulihan khas di Karangan, Kedah bagi menempatkan mereka yang berada dalam kelompok umur persekolahan iaitu 13 hingga 18 tahun,” katanya yang pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 34 tahun sebelum memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK sejak Ogos 2018.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Remaja-paling-berisiko...
Sumber: Sinar Harian

Waragainstdrugs Remaja Paling Berisiko Terlibat Dadah

Waragainstdrugs Remaja Paling Berisiko Terlibat Dadah
ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2020 4.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM