Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Rakaman Sidang Media Ketua Polis Johor Polis Serbu Makmal Heroin Rampas Dadah Lebih Rm1 Juta

Published: 28 Mar 2021 12.10 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 28 Mac 2021 - Polis menyerbu sebuah makmal memproses dadah jenis Heroin dan merampas dadah bernilai RM1.089 juta di kawasan perumahan berpagar di Iskandar Puteri, kira-kira jam 2 petang Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-rakaman-sidang-media-ketua-polis-johor-polis-serbu-makmal-heroin-rampas-dadah-lebih-rm1-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:50 MYT
Johor Bahru, 28 Mac 2021 - Polis menyerbu sebuah makmal memproses dadah jenis Heroin dan merampas dadah bernilai RM1.089 juta di kawasan perumahan berpagar di Iskandar Puteri, kira-kira jam 2 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan itu, lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan bersama peralatan memproses dadah.

Katanya, modus operandi kegiatan sindiket dadah ini adalah menyewa rumah jenis berpagar dan berpengawal untuk dijadikan makmal memproses dadah.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 57.83 kilogram Heroin, 4.53 kilogram Base dan 77.70 kilogram Kafein bernilai RM1.089 juta. Turut dirampas barang memproses dadah antaranya ketuhar, kuali, besen, pewarna makanan dan senduk pelbagai jenis.

"Lelaki yang ditahan ini bertindak sebagai pakar kimia dan penghantar dengan gaji RM10,000 sebulan. Hasil tangkapan itu, polis menahan dua wanita masing-masing berusia 34 dan 35 tahun di Temerloh, Pahang dan Batu Gajah, Perak, sehari selepas serbuan dijalankan.

"Hasil saringan urin mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita lima kenderaan, sebuah motosikal, wang tunai RM16,430, pelbagai jenis barangan kemas, 25 jam tangan dan 15 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM1.12 juta.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-johor-serbu-makmal...

Sumber: Polis Johor dan Berita Harian

Waragainstdrugs Rakaman Sidang Media Ketua Polis Johor Polis Serbu Makmal Heroin Rampas Dadah Lebih Rm1 Juta
ArticlePublished 28 Mar 2021 12.10 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM