Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Sindiket Dadah Tumpas Dadah Lebih Rm11 Juta Dirampas Polis

Diterbitkan: 20 Jan 2021 10.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Januari 2021 - Tindakan satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit lumpuh selepas diserbu polis yang membawa kepada penemuan dadah bernilai lebih RM11 juta pada 15 Januari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-sindiket-dadah-tumpas-dadah-lebih-rm11-juta-dirampas-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:14 MYT

Kuala Lumpur, 20 Januari 2021 - Tindakan satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit lumpuh selepas diserbu polis yang membawa kepada penemuan dadah bernilai lebih RM11 juta pada 15 Januari lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo berkata, serbuan dilakukan di enam lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang serta di utara dan selatan Semenanjung di antara pukul 3.10 hingga 3.57 petang.

“Seramai enam lelaki tempatan berusia 29 hingga 58 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti tersebut sejak Oktober tahun lalu telah berjaya ditahan menerusi serbuan yang dilakukan itu.

“Pihak polis turut merampas sebanyak 100.92 kilogram Ketamin dan 59.995 kilogram ibu Heroin bernilai kira-kira RM11 juta yang boleh dibekalkan kepada 636,375 penagih di dalam kenderaan di kawasan parkir kereta di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Dato Lei Choo, turut dirampas menerusi serbuan berkenaan adalah sebanyak enam buah kenderaan pelbagai jenis, 21 barang kemas, dua utas jam tangan berjenama Rolex dan wang tunai berjumlah RM423,829.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/.../01/20/polis-kl-rampas-rm5-juta/
ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2021 10.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM