Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Sindiket Dadah Antarabangsa Guna Lapangan Terbang Alternatif Elak Dikesan

Published: 11 Aug 2026 1.53 PM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Shah Alam, 11 Ogos 2026 – Kawalan keselamatan yang semakin diperketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai mendorong sindiket dadah antarabangsa mencari laluan alternatif, termasuk menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menyeludup dadah ke pasaran Eropah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-sindiket-dadah-antarabangsa-guna-lapangan-terbang-alternatif-elak-dikesan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:24 MYT

Shah Alam, 11 Ogos 2026 – Kawalan keselamatan yang semakin diperketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai mendorong sindiket dadah antarabangsa mencari laluan alternatif, termasuk menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menyeludup dadah ke pasaran Eropah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, perkara itu antara yang dikenal pasti menerusi Op Lejogaster yang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 270 kilogram (kg) bunga Ganja bernilai RM21.62 juta ke pasaran antarabangsa.

Beliau berkata operasi yang dilancarkan dari 12 Julai hingga 3 Ogos lepas hasil risikan dan pemantauan berterusan JSJN Bukit Aman itu turut menyaksikan penahanan sembilan suspek, termasuk lapan lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan, berumur antara 22 hingga 51 tahun.

“Apabila KLIA menjadi ‘panas’, mereka mungkin menggunakan lapangan terbang lain. Sindiket ini sentiasa mencari ruang dan akan menggunakan semua ruang yang ada, sama ada melalui jalan darat, laut mahupun udara,” katanya pada sidang media tentang kejayaan JSJN menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

ArticlePublished 11 Aug 2026 1.53 PMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM