Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Kpn Sempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Dan Pangkat Kehormat

Diterbitkan: 11 Aug 2026 1.40 PM Dikemas kini: 19 Sep 2026 10.55 AM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) dan Pangkat Kehormat yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-sempurnakan-majlis-pemakaian-lencana-pangkat-pegawai-kanan-polis-dan-pangkat-kehormat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:16 MYT

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) dan Pangkat Kehormat yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut melibatkan 30 pegawai kanan PDRM yang terdiri daripada dua Komisioner Polis (CP), tiga Deputi Komisioner Polis (DCP), 12 Senior Asisten Komisioner (SAC) dan 13 Asisten Komisioner Polis (ACP), selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis.

Turut diberikan pengiktirafan ialah tiga individu menerusi penganugerahan pangkat kehormat sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta kerjasama dalam memperkukuhkan keupayaan PDRM, khususnya dalam aspek keselamatan siber, pencegahan jenayah dalam talian dan pemeliharaan ketenteraman awam.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah

Video Pilihan Kpn Sempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Dan Pangkat Kehormat


ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2026 1.40 PMDikemas kini 19 Sep 2026 10.55 AM