
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Rampasan Dadah Terbesar Rm14 15 Juta Polis Tahan Dua Lelaki
Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah membabitkan rampasan dianggarkan RM14.15 juta dalam operasi di Ba...
Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah membabitkan rampasan dianggarkan RM14.15 juta dalam operasi di Bandar Mahkota Cheras di sini, kelmarin dan direkodkan sebagai rampasan dadah terbesar negara bagi tahun ini.
Menerusi serbuan pertama di sebuah tempat letak kenderaan di tingkat 2 sebuah kondominium, polis menahan dua lelaki tempatan bersama 62.7 kilogram (kg) dadah syabu dalam kereta dinaiki mereka.
Pengarah JSJN, CP Dato’ Khaw Kok Chin, berkata hasil soal siasat awal ke atas dua suspek berusia 33 dan 44 tahun itu, polis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman di kondominium sama yang dijadikan stor dadah.
Beliau berkata, pemeriksaan di kondominium terbabit menemui pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat keseluruhan 362.27 kg.