Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Rampasan Dadah Terbesar Rm14 15 Juta Polis Tahan Dua Lelaki

Published: 21 Mar 2024 6.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah membabitkan rampasan dianggarkan RM14.15 juta dalam operasi di Bandar Mahkota Cheras di sini, kelmarin dan direkodkan sebagai rampasan dadah terbesar negara bagi tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-rampasan-dadah-terbesar-rm14-15-juta-polis-tahan-dua-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:28 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah membabitkan rampasan dianggarkan RM14.15 juta dalam operasi di Bandar Mahkota Cheras di sini, kelmarin dan direkodkan sebagai rampasan dadah terbesar negara bagi tahun ini.

Rampasan dilakukan melalui operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Selangor yang melancarkan dua serbuan berasingan bermula jam 11 pagi hingga 12.10 tengah hari.

Menerusi serbuan pertama di sebuah tempat letak kenderaan di tingkat 2 sebuah kondominium, polis menahan dua lelaki tempatan bersama 62.7 kilogram (kg) dadah syabu dalam kereta dinaiki mereka.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Khaw Kok Chin, berkata hasil soal siasat awal ke atas dua suspek berusia 33 dan 44 tahun itu, polis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman di kondominium sama yang dijadikan stor dadah.

Beliau berkata, pemeriksaan di kondominium terbabit menemui pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat keseluruhan 362.27 kg.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../rampasan-dadah-terbesar...

ArticlePublished 21 Mar 2024 6.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM