Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Ke Luar Negara

Published: 06 Jan 2023 12.06 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Melaka dan BERNAMA
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tumpaskan-sindiket-pengedaran-dadah-ke-luar-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT
Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Ke Luar Negara
Home / Article / Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Ke Luar Negara
Back to Library
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Ke Luar Negara

Sumber: Polis Melaka dan BERNAMA
Jasin, 6 Januari 2023 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah disyaki Syabu dan pil Ekstasi ke luar negara membabitkan rampasan lebih RM3.8 juta dalam serbuan di sekitar Melaka dan Selangor pada Rabu lepas.

Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Zainol Hj. Samah berkata, turut ditahan lapan suspek tempatan berumur antara 25 hingga 48 tahun iaitu enam lelaki dan dua wanita termasuk dua pasangan suami isteri dalam empat serbuan berasingan.
“Serbuan pertama pukul 3 petang di Serkam, Jasin ke atas suspek dua lelaki dan seorang wanita di dalam kereta di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut di rumah itu polis turut menahan seorang lelaki dan wanita.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu juga menemukan dadah disyaki jenis Syabu anggaran berat 82.64 kilogram (kg) bernilai RM2.975 juta dan 16.62 kg pil Ekstasi (RM831,000),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Jasin di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dato’ Zainol berkata, kesemua dadah Syabu itu ditemukan di dalam karung guni dan peket bungkusan teh seberat satu kilogram manakala pil ekstasi berwarna ungu keperangan di dalam plastik lutsinar dengan setiap satu bungkusan dianggarkan mempunyai 5,000 pil.

Beliau berkata sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka dan Bukit Aman membuat tiga lagi serbuan pada hari yang sama dan menahan tiga lagi suspek masing-masing di Permatang Serai dan Kampung Pulai di Merlimau serta Kota Damansara, Petaling Jaya di Selangor.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis Melaka dan BERNAMA

ArticlePublished 06 Jan 2023 12.06 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM