Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Ah Soon Rampas Dadah Bernilai Rm737 000

Diterbitkan: 30 Nov 2020 10.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 30 November 2020 - Polis menumpaskan Sindiket Ah Soon dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam tiga serbuan sekitar Seri Alam, dekat sini dan merampas dadah bernilai RM737,000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tumpaskan-sindiket-ah-soon-rampas-dadah-bernilai-rm737-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT

Johor Bahru, 30 November 2020 - Polis menumpaskan Sindiket Ah Soon dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam tiga serbuan sekitar Seri Alam, dekat sini dan merampas dadah bernilai RM737,000.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sindiket itu dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu.

Katanya, dalam serbuan itu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penghantar (runner) ditahan, selain semakan mendapati dia memiliki rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

"Bekalan dadah itu dipercayai dari utara tanah air dengan pasarannya di sekitar Johor Bahru.

"Kemungkinan ada menggunakan khidmat penghantaran dan siasatan masih diteruskan mungkin ada lagi saki-baki yang masih bebas, yang kita tangkap ini ahli sindiket," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK), hari ini.

Dato’ Ayob Khan berkata, rampasan berjumlah RM737,000 itu merangkumi 2.7 kilogram Syabu, 12,000 pil Ecstasy, 23,000 pil Erimin 5 dan 530 gram Ketamin.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Camry, sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina, seutas gelang keemasan atau perak dan wang tunai berjumlah RM1,700 dengan jumlah rampasan dadah dan sitaan adalah RM 811,700.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula 27 November sehingga 4 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/sindiket-dadah-ah-soon-beroper…

Sumber: Polis Johor dan Berita Harian Online

Image may contain: 2 people, people standing, text that says 'POLIS JOHOR TG MEDIA OLIS JOHO AYOB BERITA IPK JOHOR'

Image may contain: 2 people

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: one or more people, car and outdoor

No photo description available.

Image may contain: food

No photo description available.

Image may contain: food, text that says 'POLISJOHOR JOHOR R/R JOHOR JAYA RPT 10320/ 20 SEK. 39B ADB 1952 10: INSP MOHD HAFIZ BIN RGSLAN'

Image may contain: car and outdoor

Image may contain: text

Image may contain: text
ArtikelDiterbitkan 30 Nov 2020 10.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM