Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Bernilai Rm1 Juta Guna Kurier Kargo Klia

Diterbitkan: 19 May 2022 8.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sepang, 19 Mei 2022 - Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam dua kes berasingan, bulan ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tumpas-cubaan-seludup-dadah-bernilai-rm1-juta-guna-kurier-kargo-klia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:51 MYT
Sepang, 19 Mei 2022 - Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam dua kes berasingan, bulan ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Imran Abdul Rahman dalam sidang media di sini hari ini berkata dadah jenis Syabu seberat 28 kilogram (kg), yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu dirampas di kawasan Kompleks Kargo KLIA pada 8 dan 11 Mei lepas.
Dalam kes 8 Mei, polis menemui 3 kg dadah disorok dalam satu unit ketuhar gelombang mikro dipercayai untuk dihantar ke Tawau, Sabah, manakala pada 11 Mei pula, dadah seberat 25 kg ditemui disorokkan dalam dua unit alat pembesar suara untuk dihantar ke Tawau dan Kuching, Sarawak.

ACP Imran berkata sindiket yang terlibat, dipercayai menggunakan syarikat penghantaran barangan yang baharu dibuka sekitar Lembah Klang.
“Siasatan mendapati pengirim menggunakan butir diri dan alamat palsu. Butir diri dan alamat penerima juga palsu,” katanya.

Setakat ini, katanya tiada tangkapan dilakukan dan proses siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ACP Imran berkata pihaknya telah menggagalkan beberapa cubaan menyeludup dadah melalui Kompleks Kargo KLIA yang dianggarkan 56 kg bernilai RM2 juta, sejak awal tahun ini.

Sumber: Polis IPD KLIA dan BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 May 2022 8.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM