
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Tujuh Suspek Rampas Dadah Bernilai Rm4 6 Juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata semua suspek berumur 25 hingga 46 tahun termasuk sepasang suami isteri itu...
Kota Bharu, 18 April 2022 - Polis merampas 101.5 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 19 kg pil kuda serta empat liter ubat batuk bernilai RM4.6 juta dan menahan tujuh suspek dalam enam serbuan di Kelantan pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata semua suspek berumur 25 hingga 46 tahun termasuk sepasang suami isteri itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Beliau berkata modus operandi sindiket ini adalah dengan menyeludup masuk bekalan dadah melalui pangkalan haram untuk pasaran tempatan, dan kegiatan mereka dipercayai mulai aktif sejak Disember lepas.
"Saringan awal mendapati ketujuh-tujuh suspek itu negatif dadah, namun seorang suspek didapati mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kesemua mereka ditahan reman hingga 22 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...