Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Tujuh Lelaki Rampas Syabu Bernilai Rm1 5 Juta

Published: 01 Feb 2023 11.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seberang Perai Utara, 1 Februari 2023 - Polis menahan tujuh lelaki termasuk lima sekeluarga dan merampas 41.81 kilogram Syabu yang dibungkus menggunakan bungkusan teh cina bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Pokok Sena serta Bertam, di sini Sabtu dan Ahad lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tahan-tujuh-lelaki-rampas-syabu-bernilai-rm1-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:19 MYT
Seberang Perai Utara, 1 Februari 2023 - Polis menahan tujuh lelaki termasuk lima sekeluarga dan merampas 41.81 kilogram Syabu yang dibungkus menggunakan bungkusan teh cina bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Pokok Sena serta Bertam, di sini Sabtu dan Ahad lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Pulau Pinang yang bertindak hasil maklumat dan risikan.

"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Pokok Sena pada 8.45 malam Sabtu, polis menahan lima lelaki berusia 26 hingga 54 tahun dan pemeriksaan lanjut, polis merampas 11 bungkusan plastik teh cina dan dua bungkusan lut sinar mengandungi 11,448.70 gram Syabu bernilai RM412,112.

"Polis turut merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus semula Syabu berkenaan dan siasatan mendapati lima lelaki itu mempunyai pertalian keluarga iaitu adik-beradik, anak saudara dan bapa saudara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

ArticlePublished 01 Feb 2023 11.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM