Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Tujuh Lelaki Rampas Ganja Bernilai Rm2 1 Juta

Diterbitkan: 23 Jan 2023 7.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pulau Pinang, 23 Januari 2023 - Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang penjawat awam dan merampas 840.729 kilogram (kg) Ganja bernilai RM2.1 juta dalam beberapa serbuan di negeri ini dan Perak, Khamis lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tahan-tujuh-lelaki-rampas-ganja-bernilai-rm2-1-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:52 MYT
Pulau Pinang, 23 Januari 2023 - Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang penjawat awam dan merampas 840.729 kilogram (kg) Ganja bernilai RM2.1 juta dalam beberapa serbuan di negeri ini dan Perak, Khamis lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau Pinang itu dilakukan hasil maklumat dan risikan sejak beberapa minggu lepas.

"Penahanan bermula pada 6.45 pagi ke atas tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta di Plaza Tol Bagan Ajam, Butterworth,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata hasil penahanan mereka, polis menyerbu kawasan parkir kenderaan di Bukit Jambul, di sini, kira-kira 25 minit kemudian dan merampas sejumlah Ganja seberat 479.729 kg bernilai RM1.1 juta yang disimpan di dalam sebuah kereta.

Katanya pasukan polis turut menahan sebuah kereta di Plaza Tol Changkat Jering, Perak pada 7.44 pagi dan menahan tiga lagi lelaki di situ.

Dato' Mohd Shuhaily berkata polis kemudian menyerbu kawasan Persiaran Mahsuri, Bayan Baru dekat sini, pada 2 petang dan memeriksa sebuah kereta yang diparkir di situ lalu menemukan 10 guni plastik mengandungi 361 kg disyaki Ganja dalam kenderaan berkenaan.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'ANG MEDIA SATAN JENAYAH NARKOTIK'

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and text that says '1 PENAN'

May be an image of 3 people
ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2023 7.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM